arrow_back
Kembali Ke Muka Hadapan

Wardah Inspiring Teacher Malaysia

TERMA DAN SYARAT PENYERTAAN

Tarikh Berkuatkuasa: 1 September
2026Versi: 1.0

1. PENGENALAN
‍
‍
1.1 Wardah Inspiring Teacher Malaysia (“Program”) merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Wardah (“Penganjur”) dan dilaksanakan oleh Paluan Sejati Sdn. Bhd. (“Pengurus Program”) bagi pihak Penganjur.

1.2 Program ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada guru yang terpilih untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran, keyakinan dan keupayaan dalam memanfaatkan teknologi serta pendekatan digital dalam konteks pendidikan.

1.3 Terma dan Syarat ini (”Terma”) menerangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan:
‍
- Kelayakan untuk memohon;
- Proses pendaftaran dan permohonan;
- Maklumat yang perlu diberikan;
- Penghantaran tugasan;
- Proses dan kriteria penilaian;
- Pemilihan dan komitmen peserta;
- Penggunaan bahan yang dihantar;
- Perlindungan data peribadi;
- Perubahan atau pembatalan Program; dan
- Perkara lain yang berkaitan dengan penyertaan dalam Program.

1.4 Dengan menghantar permohonan, Pemohon dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk mematuhi Terma ini.

‍
2.0 DEFINISI
‍
‍
Dalam Terma ini, melainkan konteks memerlukan maksud yang berbeza:

”Penganjur” merujuk kepada Wardah.

”Pengurus Program” merujuk kepada Paluan Sejati Sdn. Bhd., yang dilantik untuk membantu mengurus dan melaksanakan Program bagi pihak Penganjur.

”Program” merujuk kepada Wardah Inspiring Teacher Malaysia termasuk semua aktiviti, sesi, tugasa, penilaian dan komponen lain yang berkaitan dengannya.
‍
‍”Pemohon” merujuk kepada individu yang telah mendaftarkan diri atau menghantar permohonan untuk menyertai Program.
‍
‍”Peserta” merujuk kepada Pemohon yang telah dipilih dan disahkan untuk menyertai Program.
‍
‍”Tugasan” merujuk kepada tugasan, termasuk tugasan video atau bahan lain, yang perlu dihantar sebagai sebahagian daripada proses permohonan atau pemilihan.

‍”Platform Program” merujuk kepada laman web, borang dalam talian, sistem penghantaran atau mana-mana platform digital yang ditetapkan oleh Penganjur dan/atau Pentadbir Program.
‍
3.0 KELAYAKAN PENYERTAAN
‍
‍
3.1 Program terbuka kepada guru yang memenuhi semua kriteria kelayakan berikut:
‍
‍3.1.1 Institusi Pendidikan
‍
Pemohon mestilah merupakan guru yang sedang berkhidmat dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

‍3.1.2 Pengalaman Mengajar
‍
Pemohon mestilah mempunyai pengalaman mengajar sekurang-kurangnya 5 tahun dan tidak melebihi 20 tahun pada tarikh permohonan. Bagi tujuan ini:Guru dengan pengalaman mengajar kurang daripada 5 tahun tidak layak memohon.Guru dengan pengalaman mengajar 5 tahun hingga 15 tahun adalah layak memohon.Guru dengan pengalaman mengajar melebihi 15 tahun tidak layan memohon.Tempoh pengalaman mengajar hendaklah dikira berdasarkan pengalaman mengajar yang diiktiraf dan/atau maklumat yang diberikan oleh Pemohon semasa proses pendaftaran.

‍3.1.3 Mata Pelajaran
‍
Program ini terbuka kepada guru daripada semua mata pelajaran. Tiada mata pelajaran khusus yang ditetapkan sebagai syarat kelayakan. Guru yang mengajar mana-mana mata pelajaran adalah digalakkan untuk memohon, tertakluk kepada syarat kelayakan lain yang ditetapkan.

‍3.2 Pengesahan Kelayakan
‍
3.2.1 Pemohon bertanggungjawab memastikan bahawa mereka memenuhi semua syarat kelayakan sebelum menghantar permmohonan.

3.2.2 Pemohon mungkin diminta memberikan maklumat atau dokumen sokongan bagi tujuan pengesahan kelayakan.

3.2.3 Penganjur berhak menjalankan pengesahan terhadap maklumat yang diberikan oleh Pemohon.

3.2.4 Sekiranya didapati bahawa Pemohon tidak memenuhi mana-mana syarat kelayakan atau telah memberikans maklumat yang tidak tepat, palsu atau mengelirukan, Penganjur berhak menolak, membatalkan atau menarik balik permohonan atau penyertaan tersebut.

3.2.5 Penghantaran permohonan tidak menjamin penerimaan Pemohon ke dalam Program. Pemohon yang memenuhi syarat kelayakan masih tertakluk kepada proses penilaian dan pemilihan yang ditetapkan oleh Penganjur.
‍
4.0 PROSES PENDAFTARAN DAN PERMOHONAN
‍
‍
4.1 Pemohon hendaklah mendaftar melalui Platform Program yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
‍
4.2 Pemohon perlu melengkapkan semua ruangan yang diwajibkan dalam borang permohonan.

4.3 Maklumat yang diminta termasuk: Maklumat peribadiMaklumat profesionalKesediaan digitalSoalan pemilihan

4.4 Pemohon hendaklah menyemak semua maklumat sebelum menekan butang ”Hantar”.

4.5 Setelah permohonan dihantar, Pemohon mungkin tidak dapat mengubah maklumat yang telah dihantar.

4.6 Pemohon bertanggungjawab memastikan alamat e-mel dan nombor telefon yang diberikan adalah aktif dan boleh dihubungi.

4.7 Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya Pemohon tidak menerima komunikasi Program akibat maklumat hubungan yang salah, tidak lengkap atau tidak dikemas kini.
‍
5.0 KETETAPAN MAKLUMAT

‍
5.1 Semua maklumat yang diberikan hendaklah benar, tepat, lengkap dan terkini.

5.2 Pemohon tidak boleh:
- Memberikan maklumat palsu;
- Memberikan maklumat yang mengelirukan;
- Menyamar sebagai individu lain;
- Menggunakan identiti atau maklumat pihak lain tanpa kebenaran; atau
- Memanipulasi maklumat bagi meningkatkan peluang pemilihan.

5.3 Penganjur berhak membuat semakan atau pengesahan terhadap maklumat yang diberikan.

5.4 Sekiranya didapati maklumat yang diberikan adalah palsu atau mengelirukan, Penganjur berhak:
- Menolak permohonan;
- Membatalkan pemilihan;
- Menarik balik tawaran penyertaan; atau
- Menamatkan penyertaan dalam Program.

‍6.0 TARIKH-TARIKH PENTING

‍
Pemohon hendaklah mengambil perhatian terhadap tarikh-tarik berikut:
6.1 Semua tarikh adalah tertakluk kepada perubahan oleh Penganjur.

6.2 Sebarang perubahan penting akan dimaklumkan melalui saluran komunikasi rasmi Program.

6.3 Pemohon bertanggungjawab untuk memastikan semua borang, dokumen dan tugasan dihantar sebelum tarikh akhir.

6.4 Pemohon tidak boleh mengganggap bahawa permohonan telah berjaya sekiranya tidak menerima pengesahan rasmi daripada Penganjur.
‍
7.0 STRUKTUR PROGRAM DAN KOMITMEN PESERTA

7.1 Perjalanan Program

‍
Program Wardah Inspiring Teacher Malaysia terdiri daripada beberapa komponen utama yang perlu dilengkapkan oleh Peserta.
Secara keseluruhannya, perjalanan Peserta adalah seperti berikut:

‍Pemilihan Peserta → Simposium → Akademi → Tugasan → Graduasi & Pengiktirafan

‍
Peserta yang terpilih hendaklah memberikan komitmen terhadap keseluruhan perjalanan Program dan memenuhi keperluan yang ditetapkan sebelum dianggap telah melengkapkan Program.

‍7.2 Akademi Pendidik Wardah

‍
7.2.1 Akademi merupakan komponen utama pembelajaran dalam Program dan terdiri daripada tiga (3) subjek pembelajaran.

Setiap subjek mempunyai keperluan pembelajaran sebanyak empat (4) jam kredit.

Secara keseluruhannya, Peserta perlu melengkapkan:

‍3 subjek x 4 jam kredit = 12 jam kredit

‍
7.2.2 Tiga (3) subjek akademi adalah:

‍Subjek 1: Kecerdasan Buatan (AI) untuk Pendidik
‍
Memberikan pendedahan kepada penggunaan kecerdasan buatan secara relevan dan bertanggungjawab dalam konteks pendidikan.
‍
Subjek 2: Penghasilan Kandungan Kreatif untuk Pengajaran
‍
Memberikan pengetahuan dan kemahiran dalam menghasilkan kandungan yang kreatif, menarik dan sesuai digunakan bagi menyokong proses pengajaran dan pembelajaran.
‍
Subjek 3: Penggunaan Canva dalam Pengajaran
‍
Memberikan kemahiran dalam menggunakan Canva untuk menghasilkan bahan, kandungan dan sumber pembelajaran yang sesuai bagi menyokong pengajaran.

7.2.3 Setiap subjek Akademi mempunyai jumlah empat (4) jam kredit, yang terdiri daripada:
Oleh itu, bagi melengkapkan ketiga-tiga subjek, Peserta perlu memenuhi:
7.2.4 Semua Peserta yang terpilih wajib melengkapkan kesemua tiga (3) subjek Akademi.

7.2.5 Peserta tidak boleh memilih hanya subjek tertentu untuk dihadiri.

7.2.6 Kegagalan menghadiri mana-mana komponen pembelajaran boleh menyebabkan jam kredit bagi subjek tersebut tidak dianggap lengkap.
‍
7.3 Simposium Wardah Inspiring Teacher Malaysia

‍
7.3.1 Simposium merupakan salah satu komponen rasmi Program dan merupakan sebahagian daripada perjalanan pembelajaran serta pengalaman Peserta.

7.3.2 Semua Peserta dikehendaki menghadiri Simposium pada tarikh, masa dan lokasi yang ditetapkan.

7.3.3 Maklumat lanjut berkaitan Simposium akan dimaklumkan melalui saluran rasmi Program.

7.3.4 Peserta hendaklah memberikan komitmen terhadap kehadiran dan penglibatan sepanjang Program.

7.3.5 Kehadiran ke Simposium tidak menggantikan keperluan untuk melengkapkan jam kredit Akademi.
‍
7.4 Tugasan Akhir Peserta

‍
7.4.1 Selepas mengikuti pembelajaran melalui Akademi, Peserta dikehendaki melengkapkan satu tugasan akhir sebagai sebahagian daripada penyempurnaan Program.

7.4.2 Tugasan akhir adalah dalam bentuk video yang menunjukkan pedagogi atau pendekatan pengajaran Peserta berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pembelajaran yang diperoleh sepanjang Program.

7.4.3 Tugasan ini bertujuan memberi peluang kepada Peserta untuk:
‍
- Mengaplikasikan perkara yang telah dipelajari;
- Menunjukkan perubahan atau perkembangan dalam pendekatan pengajaran;
- Menggabungkan kemahiran digital dalam pengajaran;
- Menunjukkan kreativiti dalam penyampaian pembelajaran; dan
- Menghasilkan sesuatu yang boleh digunakan dalam konteks pengajaran sebenar.

7.4.4 Keperluan video adalah seperti berikut:
‍
- Tempoh: Maksimum 3 minit
- Format: MP4/MOV
- Saiz maksimum:
- Kaedah Penghantaran: Media sosial
- Tarikh akhir:

‍
7.4.5 Peserta hendaklah memastikan video:
- Boleh dimainkan dan ditonton;
- Mempunyai kandungan yang jelas;
- Memenuhi arahan tugasan;
- Dihantar dalam format yang ditetapkan, dan
- Dihantar sebelum tarikh akhir.

7.4.6 Peserta bertanggungjawab untuk memastikan pautan atau fail video yang dihantar boleh diakses oleh pihak penilai.

7.4.7 Sekiranya video tidak boleh dibuka, rosak, tidak lengkap atau tidak dapat diakses kerana kesilapan Peserta, penghantaran tersebut mungkin tidak dapat dinilai.

7.4.8 Peserta digalakkan menyemak video dan penghantaran sebelum tarikh akhir bagi memastikan semuanya berjaya dihantar.



7.5 Rubrik Penilaian Tugasan
‍
Tugasan akan dinilai menggunakan kriteria berikut:
7.6 Graduasi dan Pengiktirafan

‍
7.6.1 Peserta yang memenuhi keperluan penyempurnaan Program akan dijemput untuk menghadiri Majlis Graduasi Wardah Inspiring Teacher Malaysia.

‍
7.6.2 Majlis Graduasi merupakan kemuncak perjalanan Program dan bertujuan meraikan serta mengiktiraf usaha, komitmen dan pencapaian Peserta.

7.6.3 Semua Peserta yang berjaya melengkapkan Program akan menerima pengiktirafan sebagai sebahagin daripada Majlis Graduasi, tertakluk kepada pemenuhan keperluan Program.

‍7.6.4 Kategori Pengiktirafan

‍
7.6.4.1 Selain pengiktiradan kepada semua Peserta yang melengkapkan Program, Penganjur akan memberikan pengiktirafan khas dalam lima (5) kategori utama.Wardah Outstanding EducatorWardah Digital InnovatorWardah Classroom InspiratorWardah Learning ChampionWardah Change Agent

‍

8.0 KOMITMEN PESERTA

‍
8.1 Peserta yang telah dipilih hendaklah memberikan komitmen sepanjang tempoh Program.

8.2 Komitmen merangkumi:Menghadiri sesi Program;Melengkapkan tugasan;Menyertai aktiviti yang ditetapkan;Memberikan maklum balas apabila diminta;Menggunakan platform komunikasi rasmi;Mematuhi tarikh akhir; danMengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti pembelajaran.

8.3 Peserta hendaklah memaklumkan kepada Pengurus Program sekiranya terdapat keadaan yang menyebabkan Peserta tidak dapat menghadiri sesuatu sesi atau melengkapkan tugasan.

8.4 Kehadiran dan penyertaan Peserta akan direkodkan bagi tujuan pentadbiran dan penilaian Program.

‍
9.0 KOMUNIKASI PROGRAM

‍
9.1 Semua komunikasi rasmi Program akan dibuat melalui saluran yang ditetapkan oleh Penganjur dan/atau Pengurus Program.

9.2 Saluran komunikasi mungkin termasuk:E-mel;Whatsapp;Panggilan telefon;Platform Program;Atau saluran digital rasmi lain.

9.3 Pemohon dan Peserta bertanggungjawab untuk menyemak komunikasi Program secara berkala.

9.4 Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap kegagalan Peserta menerima maklumat sekiranya Peserta;Memberikan alamat e-mel yang salah;Memberikan nombor telefon yang salah;Tidak menyemak komunikasi;Menyekat nombor atau akaun rasmi Program; atauTidak memberikan maklumat hubungan yang terkini.

‍
10.0 PENGGUNAAN BAHAN DAN KANDUNGAN PESERTA

‍
10.1 Semua bahan yang dihantar oleh Peserta boleh diakses oleh pihak yang diberi kuasa untuk tujuan penilaian dan pentadbiran Program.

10.2 Penggunaan bahan untuk tujuan penilaian dan pentadbiran Program tidak bermaksud Pengajir mengambil alih hak milik terhadap karya asal Peserta, tertakluk kepada hak dan kebenaran yang berkenaan.

10.3 Sebarang penggunaan bahan atau kandungan yang mengenal pasti Peserta untuk tujuan promosi, publisiti, media, pemasaran atau komunikasi awam hendaklah tertakluk kepada kebenaran atau persetujuan yang berkenaan.

‍
11.0 HAK HARTA INTELEK

‍
11.1 Peserta hendaklah memastikan bahawa semua kandungan yang dihantar adalah:Hasil kerja sendiri; atauKandungan yang penggunaannya telah mendapat kebenaran yang sewajarnya.

11.2 Peserta bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang tuntutan pihak ketiga berkaitan pelanggaran hak cipta, harta intelek atau hak lain yang berpunca daripada kandungan yang dihantar oleh Peserta.

11.3 Penganjur berhak mengeluarkan atau menolak kandungan yang dipercayai melanggar hak pihak ketiga.

‍
12.0 PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

‍
12.1 Penganjur dan/atau Pengurus Program akan mengumpul dan memproses maklumat peribadi Peserta bagi tujuan yang berkaitan dengan Program.
‍
12.2 Data peribadi akan dikendalikan mengikut undang-undang perlindungan data peribadi yang terpakai di Malaysia dan dasar privasi Penganjur yang berkenaan.

12.3 Peserta hendaklah memastikan bahawa mereka tidak memberikan data peribadi pihak lain tanpa kebenaran yang sewajarnya.
‍
‍
13.0 KETIDAKHADIRAN DAN PENARIKAN DIRI
‍
‍
13.1 Peserta yang ingin menarik diri daripada Program hendaklah memaklumkan Pengurus Program secepat mungkin.

13.2 Peserta yang tidak dapat menghadiri sesi tertentu hendaklah memaklumkan pihak Program terlebih dahulu, jika keadaan mengizinkan.

13.3 Ketidakhadiran berulang atau kegagalan memberikan komitmen boleh menyebabkan penyertaan ditamatkan.

13.4 Penganjur berhak menentukan sama ada peserta yang tidak memenuhi komitmen Program boleh meneruskan penyertaan.

‍
14.0 PENAMATAN PENYERTAAN

‍
14.1 Penganjur berhak menamatkan penyertaan peserta sekiranya peserta:
- Memberikan maklumat palsu;
- Melanggar Terma ini;
- Melanggar arahan atau garis panduan Program;
- Gagal memenuhi komitmen Program;
- Menghantar kandungan yang melanggar hak pihak ketiga;Melakukan salah laku yang serius;
- Mengganggu atau menjejaskan keselematan peserta lain; atau
- Melakukan tindakan lain yang dianggap tidak selaras dengan objektif dan kepentingan Program.

14.2 Penganjur juga berhak mengambil tindakan yang bersesuaian berdasarkan keadaan setiap kes.

‍
15.0 PERUBAHAN, PENANGGUHAN ATAU PEMBATALAN PROGRAM

‍
15.1 Penganjuran berhak mengubah, menangguhkan, menggantikan atau membatalkan mana-mana bahagian Program sekiranya keadaan memerlukan.

15.2 Penganjur akan berusaha untuk memberikan makluman yang munasabah mengenai perubahan tersebut.

15.3 Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang perubahan yang berlaku akibat keadaan diluar kawalan munasabah.

16.0 HAD TANGGUNGJAWAB

‍
16.1 Penganjur dan Pengurus Program akan mengambil langkah yang munasabah untuk melaksanakan Program dengan teratur.

16.2 Walau bagaimanapun, Penganjur dan Pengurus Program tidak bertanggungjawab terhadap sebarang gangguan atau kegagalan yang berpunca daripada keadaan di luar kawalan munasabah, termasuk tetapi terhad kepada:Gangguan teknikal;Kegagalan sistemGangguan internet;Keadaan kecemasan;Bencana;Perubahan peraturan atau arahan pihak berkuasa; atauKeadaan luar jangka lain.

16.3 Peserta bertanggungjawab memastikan mereka mempunyai peranti, sambungan internet dan akses yang diperlukan untuk menyertai komponen Program yang dijalankan secara dalam talian.

‍
17.0 PINDAAN TERMA DAN SYARAT

‍
17.1 Penganjur berhak meminda Terma ini dari semasa ke semasa.

17.2 Sebarang perubahan akan dikemas kini melalui Platform Program atau saluran rasmi yang bersesuaian.

17.3 Peserta bertanggungjawab menyemak versi terkini Terma ini.

‍
18.0 SOALAN DAN PENJELASAN

‍
18.1 Sekiranya Pemohon dan Peserta mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan proses permohonan, tugasan, tarikh akhir atau Program, pertanyaa hendaklah dikemukakan melalui saluran komunikasi rasmi yang disediakan.

18.2 Sebarang arahan tambahan yang diberikan melalui saluran rasmi Program hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada panduan penyertaan, tertakluk kepada Terma ini.
arrow_back
Kembali Kehadapan
arrow_back
Kembali Kehadapan
arrow_back
Kembali Kehadapan

Bersama guru, membina generasi yang lebih baik melalui pendidikan, inovasi dan kebaikan tanpa batas

Hak cipta terpelihara, ParagonCorp 2026